GABUNG JURNAL 2024
75 Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X menurut kajian ini peningkatan tahap literasi kesihatan mental dapat mengurangkan stigma terhadap masalah kesihatan mental. Sikap Mencari Bantuan Profesional Psikologi Sikap seseorang terhadap pencarian bantuan profesional memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada individu tersebut akan mendapatkan sokongan psikologi yang diperlukan. Dalam konteks kesihatan mental, sikap ini merujuk kepada kecenderungan individu untuk mendapatkan bantuan daripada ahli profesional seperti kaunselor, ahli psikologi atau psikiatri apabila menghadapi tekanan emosi atau gejala gangguan mental (Ibrahim et al., 2019). Mempunyai sikap yang positif terhadap bantuan profesional telah terbukti berkesan dalam mengurangkan beban gangguan mental serta meningkatkan kualiti hidup. Ia juga boleh mencegah komplikasi jangka panjang yang lebih serius sekiranya intervensi awal dilakukan. Happy (2019) menekankan bahawa bantuan psikologi bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan organisasi dan masyarakat apabila individu dapat kembali berfungsi dengan baik dalam peranan mereka. Namun demikian, literatur turut menunjukkan bahawa masih wujud halangan dalam membentuk sikap yang positif terhadap pencarian bantuan, antaranya kekurangan rangka kerja konseptual yang mantap dalam memahami proses pencarian bantuan (Brown et al., 2022). Rickwood et al. (2005) telah mencadangkan bahawa pencarian bantuan merupakan suatu proses yang berkembang, bermula daripada pengiktirafan terhadap masalah, kesedaran tentang keperluan sokongan, pengetahuan tentang sumber bantuan yang ada, kesediaan untuk mendapatkan bantuan, dan seterusnya tindakan mendedahkan maklumat berkaitan. Dalam perkembangan teori ini, Rickwood dan Thomas (2012) menambah bahawa pencarian bantuan terdiri daripada lima
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy