GABUNG JURNAL 2024
74 Literasi kesihatan mental yang rendah menjadi penghalang utama kepada pencarian bantuan psikologi. Apabila seseorang tidak memahami simptom atau tidak menyedari perlunya rawatan profesional, mereka cenderung untuk menangguhkan atau mengabaikan keperluan intervensi. Maka, memperkukuh tahap literasi kesihatan mental adalah penting bagi meningkatkan kadar pencarian bantuan profesional, khususnya dalam kalangan pekerja. Tekanan Psikologi dalam Kalangan Pekerja Kajian yang dijalankan oleh Chan et al. (2020) terhadap 11,356 pekerja di Malaysia telah mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi tekanan psikologi dan kecenderungan penggunaan perkhidmatan kesihatan mental. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada responden tidak mengetahui kewujudan pelbagai sumber dan perkhidmatan sokongan yang tersedia untuk membantu mereka menangani isu kesihatan mental. Selain itu, kajian turut mendapati bahawa stigma sosial merupakan penghalang utama kepada penggunaan perkhidmatan tersebut. Ramai pekerja menyatakan keengganan untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang akan tanggapan negatif daripada majikan atau rakan sekerja. Akibatnya, walaupun perkhidmatan kesihatan mental sedia ada disediakan, ianya tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan pekerja kerana kekangan stigma dan kurangnya pengetahuan terhadap saluran bantuan yang sah dan berkesan. Selain itu, beban kerja yang meningkat juga telah memberi impak kepada pekerja di sektor kesihatan. Kemerosotan kesihatan dari segi mental memberi kesan secara tidak langsung terhadap prestasi kerja. Wulf (2022) melaksanakan kajian untuk mengkaji hubungan antara literasi kesihatan mental, sikap mencari bantuan, dan sikap membantu. Sejajar dengan tinjauan literatur yang lain, kajian ini juga memberi konklusi bahawa literasi kesihatan mental terutamanya di tempat kerja meningkatkan sikap mencari bantuan dan sikap memberi bantuan kesihatan mental. Hal yang demikian,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy