GABUNG JURNAL 2024
72 termasuk tingkah laku mencari bantuan profesional psikologi, adalah didorong oleh niat tingkah laku. Niat ini pula dipengaruhi oleh tiga komponen utama iaitu:- 1. Sikap terhadap tingkah laku – merujuk kepada penilaian individu terhadap sesuatu tingkah laku, sama ada positif atau negatif. Sebagai contoh, jika seseorang percaya bahawa mendapatkan bantuan profesional dapat meningkatkan kesejahteraan diri, maka dia lebih cenderung untuk melakukannya. 2. Norma subjektif – iaitu persepsi individu tentang tekanan sosial atau jangkaan orang sekeliling (keluarga, rakan sekerja, majikan) terhadap sesuatu tingkah laku. Sekiranya individu merasakan orang terdekat menyokong pencarian bantuan psikologi, maka niat untuk mendapatkan bantuan akan meningkat. 3. Kawalan tingkah laku yang dirasakan (perceived behavioral control) – merujuk kepada tahap keyakinan individu bahawa mereka berupaya melaksanakan tingkah laku tersebut, contohnya kemampuan untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan psikologi. Walaupun teori ini tidak menyatakan secara eksplisit mengenai stigma, elemen norma subjektif dalam TPB adalah berkait rapat dengan pengaruh stigma sosial. Individu mungkin enggan mendapatkan bantuan psikologi jika merasakan bahawa masyarakat akan memandang serong terhadap tindakan tersebut. Dalam konteks kajian ini, Teori Tingkah Laku Terancang digunakan untuk memahami sikap penjawat awam dalam mencari bantuan profesional psikologi. Tingkah laku tersebut (iaitu mendapatkan bantuan) dipengaruhi oleh: • Tahap literasi kesihatan mental (yang boleh membentuk sikap positif terhadap bantuan psikologi); • Tekanan psikologi (yang boleh mempengaruhi sama ada seseorang merasakan keperluan untuk mendapatkan bantuan); dan • Persepsi terhadap stigma atau norma sosial dalam persekitaran kerja.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy