GABUNG JURNAL 2024
71 Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X masalah kesihatan mental yang dialami (Chua, 2020). Kekurangan data tempatan menyebabkan sebahagian penyelidikan bergantung kepada data dari negara jiran seperti Singapura sebagai anggaran jurang rawatan. Situasi ini mencerminkan cabaran besar dalam memahami realiti akses kepada perkhidmatan kesihatan mental di Malaysia, terutamanya dalam kalangan populasi yang bekerja. Justeru, kajian yang meneliti pengaruh literasi kesihatan mental dan tekanan psikologi terhadap sikap mencari bantuan profesional dalam kalangan penjawat awam adalah amat diperlukan untuk mengisi jurang pengetahuan tersebut. OBJEKTIF KAJIAN a) Mengenal pasti tahap literasi kesihatan mental dalam kalangan warga kerja Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; b) Mengenal pasti tahap tekanan psikologi dalam kalangan warga kerja Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; c) Mengenal pasti tahap sikap terhadap pencarian bantuan profesional psikologi; d) Mengkaji hubungan antara literasi kesihatan mental dengan sikap mencari bantuan profesional psikologi dalam kalangan warga kerja Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; e) Mengkaji hubungan antara tahap tekanan psikologi dengan sikap mencari bantuan profesional psikologi dalam kalangan warga kerja Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; f) Mengkaji pengaruh literasi kesihatan mental dan tahap tekanan psikologi terhadap sika mencari bantuan profesional psikologi dalam kalangan warga kerja Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. TEORI KAJIAN Kajian ini disandarkan kepada Teori Tingkah Laku Terancang ( Theory of Planned Behavior, TPB ) yang diperkenalkan oleh Ajzen (1991). Teori ini menjelaskan bahawa sesuatu tingkah laku manusia,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy