GABUNG JURNAL 2024

70 masih boleh dipertingkatkan melalui pelaksanaan program dan aktiviti literasi kesihatan mental yang lebih meluas. Malangnya, menurut laporan akhbar Kosmo, stigma dan persepsi negatif terhadap isu kesihatan mental terus menjadi cabaran utama dalam usaha menyampaikan mesej kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat (Ahmad Fuad, 2023). Setiap individu memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan tahap literasi kesihatan mental di Malaysia. Penyebaran maklumat yang tepat dan berkesan berkaitan kesihatan mental amat penting bagi membolehkan individu yang mengalami masalah ini mendapatkan bantuan yang sewajarnya. Menurut Dr. Zaliha Mustafa, tahap literasi kesihatan mental dalam kalangan masyarakat Malaysia masih berada pada tahap yang rendah (Ahmad Fuad, 2023). Sehubungan itu, pelbagai program dan inisiatif telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran serta kepekaan masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mental. Antaranya termasuklah penyediaan talian bantuan kesihatan mental yang berfungsi sebagai saluran sokongan serta intervensi awal kepada individu yang memerlukan. Inisiatif ini secara tidak langsung telah memperluas akses kepada maklumat dan sokongan psikologi, seterusnya membantu menyebarluaskan literasi kesihatan mental kepada seluruh lapisan masyarakat. Namun begitu, semakan literatur menunjukkan bahawa kebanyakan kajian yang dijalankan lebih tertumpu kepada golongan pelajar universiti berbanding individu yang sedang bekerja, khususnya dalam kalangan penjawat awam di Malaysia. Oleh itu, adalah wajar untuk melaksanakan kajian yang memberi tumpuan kepada golongan ini, khususnya dalam meneliti pengaruh literasi kesihatan mental dan tekanan psikologi terhadap sikap mencari bantuan profesional psikologi dalam kalangan penjawat awam. Tambahan pula, laporan menunjukkan bahawa hanya seorang daripada setiap lima rakyat Malaysia mendapatkan rawatan bagi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy