GABUNG JURNAL 2024

69 Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X PENGENALAN Kesedaran terhadap kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal dan tidak seharusnya dipandang ringan. Pengabaian terhadap aspek ini berpotensi menyumbang kepada peningkatan insiden gangguan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pada tahun 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan saringan kesihatan mental ke atas seramai 336,900 individu di seluruh negara (Halid, 2022). Hasil saringan tersebut mendapati bahawa 7.1% daripada responden menunjukkan simptom kemurungan, manakala 9.7% mengalami simptom kebimbangan (Halid, 2022). Antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada permasalahan ini termasuk tekanan kewangan, konflik dalam hubungan interpersonal, tingkah laku berisiko, serta tahap keyakinan diri yang rendah. Melihat kepada peningkatan statistik kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan, masyarakat seharusnya dipupuk dengan sikap proaktif untuk mendapatkan bantuan profesional psikologi. Sikap ini bukan sahaja dapat membantu individu menangani simptom yang dialami, tetapi juga berfungsi sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih serius atau kritikal. Melalui bantuan profesional, intervensi awal dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Apabila masyarakat memiliki kesedaran dan kecenderungan untuk mendapatkan bantuan psikologi profesional, mereka cenderung menggunakan saluran yang tepat dan sah bagi memperoleh sokongan yang diperlukan. Sebagai contoh, sejak penubuhan talian bantuan psikologi, sebanyak 26,139 panggilan telah direkodkan dalam tempoh setahun. Daripada jumlah tersebut, 65% atau 16,492 panggilan adalah daripada individu yang memerlukan sokongan emosi, manakala 35% atau 9,197 panggilan telah menerima intervensi langsung daripada Pegawai Psikologi (Ahmad Fuad, 2023). Namun begitu, tahap kesediaan untuk mendapatkan bantuan professional ini

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy