GABUNG JURNAL 2024

Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X Manakala artikel ketiga bertajuk “ Pengesahan Multidimensi Dan Ukuran Sokongan Organisasi Dalam Perspektif Kompleks Pekerja-Organisasi Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan” berkaitan pembangunan, penilaian, kesahan dan kebolehpercyaan instrumen Organizational Support Theory (OST). Responden terdiri daripada ahli AKRAB merentasi pelbagai skim dan agensi. Kesahan muka digunakan untuk menilai kefahaman dan kesesuaian item dalam soal selidik, manakala analisis faktor eksploratori (EFA) menilai struktur faktor instrumen. Hubungan antara konstruk dianalisis menggunakan kaedah korelasi, menunjukkan bahawa keadilan dan penghargaan organisasi terhadap pekerja meningkatkan persepsi terhadap sokongan organisasi. Kajian ini menyokong teori sokongan organisasi bagi memenuhi keperluan sosioemosi pekerja, mengukuhkan ikatan psikologi dan meningkatkan komitmen terhadap organisasi. Artikel keempat bertajuk “ Tahap Kepuasan Kerja Warga Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan” mengkaji kepuasan kerja dan tekanan kerja. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan mengkaji hubungannya dengan stres di tempat kerja. Instrumen yang digunakan adalah Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ). Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan negatif antara kepuasan kerja dan stres kerja yang mana kepuasan kerja meningkat apabila stres kerja rendah. Faktor lain yang turut mempengaruhi kepuasan kerja termasuk persekitaran kerja, sokongan pengurusan, dan komitmen organisasi. Kajian pada masa hadapan boleh meneliti faktor lain seperti hubungan persekitaran kerja dan sokongan pengurusan terhadap kepuasan kerja. Selain itu, dapatan artikel kelima bertajuk “ Pengaruh Literasi Kesihatan Mental Dan Tekanan Psikologi Ke Atas Sikap Mencari Bantuan Profesional Psikologi” mengkaji pengaruh literasi kesihatan mental dan tekanan psikologi terhadap sikap mendapatkan bantuan psikologi profesional dalam kalangan penjawat awam di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. vii

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy