GABUNG JURNAL 2024

62 KPKM yang bekerja di dalam tempoh 5 tahun ke bawah iaitu sebanyak 49.7%. Kepuasan kerja seseorang individu bukan sahaja dilihat dari segi stres kerja tetapi terdapat aspek-aspek lain yang mempengaruhi kepuasan kerja seperti tempoh bekerja di sesebuah organisasi, persekitaran kerja yang optimum (Qasim, Cheema dan Syed, 2012), mendapat sokongan daripada pihak pengurusan, (Inegbedion et al. (2020), dan komitmen organisasi (Siahaan, 2017). Sebagai contoh, kajian Fletcher & Payne (1980) menunjukkan kurangnya kepuasan kerja di sesebuah organisasi akibat daripada kurangnya kepelbagaian kerja di dalam sesuatu masa akibat daripada tempoh perkhidmatan yang terlalu lama dan bekerja di satu organisasi yang sama. Hal ini disokong oleh keputusan kajian ini di mana hanya segelintir iaitu 7.9% warga KPKM yang berkhidmat selama 26 tahun ke atas di dalam perkhidmatan awam mempunyai kepuasan kerja yang tinggi dan sebanyak 3.7% yang mempunyai kepuasan kerja tinggi bagi warga KPKM yang telah berkhidmat selama 26 tahun dan ke atas di KPKM. Berdasarkan hasil dapatan daripada kajian ini, terdapat beberapa cadangan yang boleh disarankan di dalam kajian pada masa hadapan dan juga boleh dipraktikkan dalam kalangan warga KPKM. Bekerja di tempat yang sama dan terlalu lama di KPKM menjadikan kepuasan kerja sesetengah warga menjadi rendah. Kepuasan kerja boleh ditingkatkan dengan melaksanakan beberapa intervensi di dalam pengurusan sumber manusia seperti pertukaran pusingan kerja setiap 3 ke 5 tahun (Bakker, 2017). Menurut kajian Damanpour dan Scheider (2007), kepuasan kerja lebih meningkat apabila berlakunya pusingan kerja yang tepat di dalam karier seseorang pekerja. Kajian pada masa akan datang boleh dilakukan terhadap aspek-aspek lain yang mempengaruhi kepuasan kerja seperti hubungan di antara kepuasan kerja dan persekitaran kerja ( work environment ), Alpkan et al., 2010) dan hubungan kepuasan kerja terhadap sokongan daripada

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy