GABUNG JURNAL 2024
61 Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Objektif utama kajian ini adalah untuk (a) mengenal pasti tahap kepuasan kerja warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta untuk (b) mengkaji hubungan di antara kepuasan kerja dan stres kerja. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang negatif di antara kepuasan kerja dan stres kerja dalam kalangan warga KPKM iaitu kepuasan kerja akan meningkat sekiranya stres kerja adalah rendah. Hal ini disokong oleh kajian Ahsan et al. (2009), Alias et al. (2019), Teoh et al. (2011) serta Desa et al. (2018) yang mendapati kepuasan kerja menjadi lebih tinggi apabila stres kerja adalah rendah. Tahap kepuasan kerja boleh mengurangkan tahap stres kerja. Di dalam kajian ini, stres kerja ialah faktor yang paling utama di dalam memastikan kepuasan kerja adalah tinggi iaitu dengan faktor regresi sebanyak β=-0.446, p< 0.001. Unjuran bagi tahap tingkah laku dan daya tahan yang juga merupakan item-item yang juga terdapat di dalam kajian ini boleh diunjurkan dengan menggunakan kaedah hubungan Linear Fixation Analysis . Antara daya tahan serta tingkah laku dan kepuasan kerja iaitu pemboleh ubah autonomi dan pemboleh ubah subordinat. Tingkah laku dan daya tahan yang tinggi menjadikan tahap kepuasan kerja sesuatu organisasi itu lebih tinggi dan baik. Hal ini telah dibuktikan di dalam kajian yang telah dijalankan oleh Jun et al. (2006) dan Maurer (2001). (c) Kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan di antara kepuasan kerja mengikut tempoh berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan (d) kepuasan kerja mengikut tempoh berkhidmat di KPKM. Keputusan kajian menunjukkan kepuasan kerja adalah paling tinggi dalam kalangan warga KPKM yang bekerja di dalam tempoh 6-15 tahun iaitu sebanyak 42.8% bagi kategori tempoh berkhidmat perkhidmatan awam dan paling tinggi dalam kalangan warga
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy