GABUNG JURNAL 2024

60 Keputusan menunjukkan perbezaan kepuasan kerja mengikut tempoh berkhidmat di KPKM iaitu bagi tempoh 5 tahun ke bawah seramai 295 orang responden atau 49.7%, 6-15 tahun pula seramai 221 orang responden atau 37.2%, 16-25 tahun 56 orang responden atau 9.4% dan 26 tahun ke atas seramai 22 orang responden atau 3.7%. Jadual 8 di bawah menunjukkan Hubungan Kepuasan Kerja dengan Stres Kerja dalam kalangan Warga Kementerian Pertanian dan Kerjaminan Makanan. Jadual 8: Hubungan Kepuasan Kerja Dengan Stres Kerja Keputusan menunjukkan wujud hubungan negatif yang rendah dengan nilai r = -0.446 di antara kepuasan kerja dengan stres kerja. Hubungan negatif ini memberi erti bahawa, semakin tinggi kepuasan kerja, semakin rendah stres kerja. Penemuan ini selari jika dilihat kepada bilangan warga yang mempunyai kepuasan kerja yang rendah adalah tidak ramai. Sebaliknya, ramai warga mempunyai kepuasan kerja yang tinggi. Apabila kepuasan kerja warga tinggi, memperlihatkan mereka tidak mengalami stres yang tinggi. Ini kerana isu-isu berkaitan dengan kepuasan kerja yang dikaji dapat memenuhi kehendak dan keperluan warga. Secara statistiknya hubungan ini dapat dinyatakan seperti berikut iaitu ( r (594), -0.446 p < 0.01). Pembolehubah Stres Kerja ( r ) Kepuasan kerja -0.446**

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy