GABUNG JURNAL 2024

58 Berdasarkan demografi responden di atas, keputusan menunjukkan seramai 594 orang warga KPKM yang telah menjawab Soal Selidik Kajian Kepuasan Kerja dengan 303 orang adalah responden lelaki dan 291 orang adalah responden perempuan. Bagi kumpulan umur terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu 30 tahun ke bawah seramai 75 orang responden atau 12.7%, 31-35 tahun seramai 97 orang responden atau 16.3%, 36-40 seramai 178 orang responden atau 30.1% dan 41 tahun ke atas 244 orang responden atau 40.9%. Kumpulan perkhidmatan telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Sokongan 1 seramai 181 orang responden atau 30.4%, Sokongan II seramai 279 orang responden atau 47% dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Adalah seramai 134 orang responden atau 22.6%. Bagi status perkahwinan, keputusan menunjukkan kategori bujang adalah seramai 72 orang responden atau 12.1%, berkahwin 504 orang responden atau 84.8% dan janda/duda 18 orang responden iaitu 3.1%. Jadual 5 di bawah menunjukkan Tahap Kepuasan Kerja di kalangan Warga Kementerian Pertanian dan Kerjaminan Makanan. Jadual 5: Tahap Kepuasan Kerja Warga KPKM Keputusan menunjukkan seramai 469 orang responden atau 79.5% warga KPKM mencapai tahap kepuasan kerja yang tinggi. Manakala seramai 85 orang responden atau 14% tahap kepuasan kerja yang sederhana dan seramai 40 orang responden atau 6.5% mempunyai tahap kepuasan yang rendah. Tahap Kepuasan Kerja Bilangan (orang) Peratus (%) Tinggi 469 79.5 Sederhana 85 14.0 Rendah 40 6.5

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy