GABUNG JURNAL 2024
55 Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X METODOLOGI KAJIAN Populasi dan Sampel Kajian Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah persampelan bertujuan yang merupakan salah satu jenis persampelan bukan kebarangkalian. Memilih sesuatu sampel dari satu populasi mengikut tujuan kajian dinamakan sebagai Persampelan Bertujuan. Dalam persampelan ini penyelidik menggunakan pertimbangannya sendiri untuk memilih responden yang paling sesuai dengan tujuan kajiannya (Sabitha, 2006). Pengkaji memilih semua kakitangan di bawah KPKM untuk dijadikan sampel kajian. Kajian melibatkan seramai 594 responden menjawab soal selidik secara dalam talian yang dilaksanakan pada 11 hingga 21 September 2023. Instrumen Kajian Menerusi kajian ini, borang soal selidik secara dalam talian digunakan mengikut tempoh yang diberikan berdasarkan carta perbatuan seperti di bawah untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Dengan menggunakan borang soal selidik, proses perolehan maklumat dan data akan menjadi lebih teratur dan efektif. Borang soal selidik terbahagi kepada empat (4) bahagian iaitu:
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy