GABUNG JURNAL 2024

54 trauma dan berjaya menghadapi dan mengadaptasikan diri dalam keadaan yang sukar. Ianya dilihat sebagai satu fenomena yang multidimensional dan mempunyai latar belakang yang berbeza. Daya tahan sering dikaitkan dengan kekuatan atau keupayaan individu dalam menghadapi sebarang keadaan. Menurut Oswald, Johnson dan Howard (2003) daya tahan merupakan keupayaan untuk mengatasi kelemahan peribadi dan tekanan persekitaran serta berupaya bangkit semula ( bounce back ) dalam menghadapi risiko dan mengekalkan kesejahteraan. Daya tahan merupakan satu kekuatan psikologi yang boleh dipupuk, diperkembang dan dipertingkatkan. Wagnild (1993) memberikan pandangan bahawa terdapat lima ciri penting yang boleh mengukuhkan daya tahan seorang pekerja iaitu kehidupan yang bermakna, kecekalan, berdikari, kesabaran dan menerima diri seadanya. Oleh yang demikian, adalah sangat penting bagi pekerja supaya memupuk daya tahan yang tinggi untuk melihat segala perubahan yang berlaku sebagai satu cabaran dan bukannya halangan atau masalah kepada mereka. Ciri ini adalah selaras dengan pandangan Grotberg (1997) yang menyatakan bahawa daya tahan merupakan keupayaan manusia untuk menghadapi cabaran, mengatasi segala rintangan serta mendapat kekuatan melalui pengalaman dan kesulitan yang dilalui sebelum ini. Kajian oleh Tait (2008) juga jelas menunjukkan daya tahan adalah faktor penyumbang kepada kejayaan pekerja untuk bertahan di dalam dunia pekerjaan. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian kepuasan kerja ini adalah seperti berikut: a) Mengenal pasti tahap kepuasan kerja; b) Mengkaji hubungan di antara kepuasan kerja dengan stres kerja; c) Mengkaji perbezaan kepuasan kerja mengikut tempoh berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; dan d) Mengkaji perbezaan kepuasan kerja mengikut tempoh berkhidmat di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy