GABUNG JURNAL 2024

53 Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X Namun begitu, stres yang dihadapi boleh mengganggu kepuasan kerja seseorang. Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002) stres merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa. Stres bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Stres biasanya dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan. Individu tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan jika dia berada dalam keadaan tertekan (Smith, 1993; Girdano et al., 1993). Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hans Selye (1950) telah mendefinisikan stres sebagai "reaksi atau tindak balas badan yang tidak spesifik terhadap permintaan atau keinginan" atau maklum balas yang tidak khusus oleh mana-mana bahagian tubuh terhadap kewujudan sesuatu desakan. Menurut Jerrold (2002), stres boleh menyebabkan beberapa perubahan tingkah laku dan tubuh badan seperti kesakitan fizikal, gangguan emosi dan psikologi serta kemerosotan prestasi seseorang. Menurut Angela (2009) stres merujuk kepada suatu tindak balas badan bagi satu perubahan yang memerlukan penyesuaian emosi, fizikal atau mental. Secara umumnya, stres adalah sebahagian daripada kehidupan manusia dan ia boleh mendatangkan kesan yang negatif (distres) dan kesan positif (eustress). Walau bagaimanapun, stres yang terlalu banyak akan menyebabkan kemurungan dan penyakit fizikal (MacGeorge, Samter & Gilihan, 2005). Menurut Glantz dan Johnson (1999) terminologi daya tahan pada amnya merujuk kepada keupayaan untuk bangun semula ( bounce back ) atau kebingkasan daripada sebarang rintangan, tekanan, atau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy