GABUNG JURNAL 2024
52 Locke (1976) mentakrifkan kepuasan kerja sebagai keadaan emosi yang selesa atau positif yang terhasil daripada pentaksiran terhadap pekerjaan atau pengalaman kerja. Mengikut tafsiran Staines dan Quin (1979), kepuasan kerja adalah penilaian keseluruhan berhubung tugas dan pelbagai pendapat yang banyak dibuat mendapati setiap orang suka kepada kerja masing-masing. Manakala definisi yang digariskan dalam Job Descriptive Index (JDI) oleh Smith, Kendall dan Hulin (1975) kerja, gaji, kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekerja. Gruneberg (1981) melalui kajiannya mendapati bahawa kebahagiaan dan keharmonian hidup seseorang sebenarnya mempunyai hubungkait dengan kepuasan kerja. Lawler dan Porter (1967) pula menjelaskan bahawa kepuasan kerja penting dan mempunyai hubungkait dengan prestasi kerja seseorang. Prestasi kerja yang tinggi akan mempengaruhi tahap kepuasan kerja yang tinggi dan secara tidak langsung mengurangkan kes perletakan jawatan dan ponteng kerja. Ostroff (1992) menyokong pendapat Lawler dan Porter bahawa bagi mengekalkan prestasi kerja perhatian perlu diberikan untuk meningkatkan kepuasan kerja. SOROTAN KAJIAN LEPAS Kepuasan kerja seringkali dikenalpasti sebagai sebab utama mengapa pekerja berhenti kerja dari satu organisasi dan bekerja di organisasi yang lain. Justeru, idea Herzberg membolehkan manusia memuaskan keperluan mereka melalui pekerjaan dan juga membantu organisasi mencapai matlamat mereka. Hasilnya, lahirlah satu kecenderungan dimana organisasi akan berusaha untuk memastikan pekerjaan di tempat mereka lebih memuaskan dan juga memberi lebih ganjaran kepada pekerja.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy