GABUNG JURNAL 2024
Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 51 PENGENALAN Kepuasan kerja merupakan satu topik yang hangat dibincangkan dan dikaji oleh pengkaji psikologi khususnya dalam bidang psikologi industri dan organisasi. Lebih daripada 3000 kajian yang telah dijalankan dalam memahami dengan lebih jelas isu kepuasan kerja dan kajian seperti ini semakin bertambah dan kerap dikaji tahun demi tahun (Vecchio, 1995). Sesetengah pandangan menyatakan kepuasan kerja penting kerana ianya merupakan satu aspek utama dalam membentuk pekerja yang bermotivasi dan berprestasi tinggi (Mullins, 2002). Menurut Graham (1998), kepuasan kerja berkait rapat dengan hubungan antara persekitaran kerja yang baik dan keperluan kerja individu. Kepuasan kerja dapat didefinisikan dengan pelbagai pendekatan, termasuk “perbezaan aspek individu, keperluan atau nilai perbandingan kerja dibuat dan bagaimana sesuatu tugasan itu dijalankan” Benjamin dan Melissa (2001), “darjah kepuasan kerja yang dilaporkan oleh setiap individu itu adalah berbeza termasuk kepuasan intrinsik dan kepuasan ekstrinsiknya terhadap organisasi”, Baucer (2001), “sikap” Robert (1997), dan bagaimana sebenarnya persekitaran organisasi dapat memenuhi keperluan individu turut mempengaruhi kepuasannya terhadap organisasi” (George, 2000). LATAR BELAKANG KAJIAN Kepuasan kerja merujuk kepada perasaan dan tingkah laku positif dan negatif terhadap kerja yang kita lakukan (Sharif Salleh, 2001). Konsep kepuasan kerja telah menjadi satu topik yang berjaya menarik ramai pengkaji dari pelbagai bidang termasuklah bidang psikologi. Bidang psikologi yang dipelopori oleh Maslow (1970) dan beberapa orang penyelidik lain telah memberi tumpuan terhadap perkaitan beberapa faktor tertentu dengan aspek keperluan psikologi yang mana faktor perkembangan motivasi dilihat sebagai pendorong kepada pencapaian kepuasan kerja individu.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy