GABUNG JURNAL 2024

KESIMPULAN Hasil dapatan kajian rintis ini menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan memiliki tahap kebolehpercayaan yang tinggi serta kesahan yang baik. Setelah melalui proses pengguguran item melalui analisis faktor, jumlah keseluruhan item yang kekal adalah sebanyak 37 item. Ini menunjukkan bahawa instrumen kajian ini yang telah disaring dan disesuaikan dengan teliti untuk memastikan ia dapat mengukur persoalan kajian yang diinginkan dengan konsisten dan tegas. Penting untuk menekankan bahawa instrumen ini bukan sahaja memenuhi kriteria teknikal, malah ia juga berupaya untuk mengukur tahap persepsi warga terhadap komitmen organisasi. Dengan adanya bukti yang kukuh tentang kebolehpercayaan dan kesahannya, penyelidikan lapangan yang menggunakan instrumen ini boleh dilaksanakan dalam kajian sebenar. Penyelidik mempunyai keyakinan bahawa hasil dapatan statistik yang terbaik dan paling bermakna akan dapat diperoleh, seterusnya memberikan sumbangan yang signifikan kepada disiplin tersebut. Dengan ini instrumen ini dilihat sebagai alat yang berpotensi tinggi untuk memajukan pemahaman dan pengukuran dalam bidang kajian ini. Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 45

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy