GABUNG JURNAL 2024
Perbandingan hubungan setiap konstruk turut dilakukan menggunakan kaedah korelasi untuk melihat sejauh mana interaksi konstruk mempengaruhi tanggapan warga terhadap sokongan organisasi. Kebijaksanaan organisasi dalam memberikan memberikan layanan yang baik, berbanding dengan faktor luar seperti keterlaluan birokrasi, dapat memantapkan persepsi warga terhadap organisasi. Kajian ini menyokong pandangan Eisenberger, Fasolo & Davis-LaMastro (1990) yang menunjukkan bahawa semakin jelas, adil dan saksama organisasi dalam menghargai sumbangan pekerja, semakin tinggi keprihatinan organisasi terhadap kebajikan dan kesaksamaan amalam pengurusan atasan, seterusnya meningkatkan persepsi responden terhadap sokongan organisasi. POS yang mantap akan menimbulkan norma timbal balik yang menggalakkan perasaan kewajipan yang kuat untuk membantu organisasi, seterusnya membawa kepada peningkatan prestasi. Pekerja yang mencapai keseimbangan dalam hubungan mereka dengan organisasi akan mengembangkan sikap dan tingkah laku positif dalam memenuhi peranan mereka sebagai pekerja yang produktif (Eisenberger et al., 1986; Eisenberger & Stinglhamber, 2011). Kajian ini menyokong pandangan bahawa semakin besar sokongan yang dirasakan oleh pekerja dalam organisasi, semakin kuat ikatan psikologi dan obligasi yang ingin dipenuhi oleh pekerja terhadap organisasi yang mereka sertai. POS diandaikan dapat memenuhi keperluan sosioemosi (penerimaan, penghargaan, sokongan emosi) yang membawa kepada pengenalan dengan organisasi. Komitmen organisasi dan penglibatan timbul dari peningkatan diri dan pertukaran sosial. Mengenai peningkatan diri, pengenalan organisasi timbul daripada POS boleh menghasilkan komitmen organisasi melalui pembangunan nilai bersama (Meyer, Becker, & Van Dick, 2006) dan promosi hubungan yang lebih kukuh antara pekerja dan wakil organisasi. Kajian ini menyokong pandangan ini, yang menunjukkan bahawa hasil analisis menunjukkan semakin pekerja mencapai keseimbangan dalam hubungan pertukaran mereka dengan organisasi, semakin tinggi komitmen organisasi mereka. 44
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy