GABUNG JURNAL 2024

Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 43 PERBINCANGAN Kajian rintis ini dilaksanakan untuk menyediakan penilaian menyeluruh terhadap instrumen yang akan digunakan dalam penyelidikan yang lebih besar, dengan memberi tumpuan kepada pengujian keberkesanan, kebolehpercayaan dan kesahan instrumen. Responden yang menyertai kajian ini adalah terdiri daripada ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Kementerian ini yang terdiri daripada pelbagai skim, merentasi pelbagai bahagian, jabatan dan agensi. Pengesahan kandungan telah dilakukan melalui kaedah kesahan muka ( face validity ) di mana responden digalakkan memberikan maklum balas berkenaan kefahaman, kesesuaian dan relevansi item yang terdapat dalam soal selidik. Pengubahsuaian tatabahasa dan ayat telah dilakukan bagi memastikan setiap item mudah difahami dan bebas daripada penggunaan jargon. Pengesahan konstruk menerangkan prosedur untuk menilai sejauh mana instrumen atau pembolehubah mengukur dengan tepat konstruk yang dimaksudkan (Gorth- Marnat, 2009), Oleh itu, analisis faktor merupakan salah satu pendekatan yang digunakan untuk menilai pengesahan konstruk instrumen. Metod ini adalah yang paling banyak digunakan dalam penilaian struktur faktor (Ratray dan Jones, 2007). Dalam kajian rintis ini, Exploratory Factor Analysis dilaksanakan untuk menilai struktur faktor instrumen. Berdasarkan cadangan yang diberikan oleh SPSS , sebanyak 20 item telah digugurkan yang telah meningkatkan lagi keberkesanan setiap konstruk: Sokongan Organisasi dari .504 kepada .931 dengan menyingkirkan 13 item, Komunikasi Organisasi dari .536 kepada .783 dengan menyingkirkan 2 item, Penglibatan Organisasi dari .942 kepada .946 sebanyak 1 item dan Komitmen Organisasi dari .451 kepada .700 dengan menyingkirkan 4 item.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy