GABUNG JURNAL 2024

42 Keputusan analisis menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan di antara Sokongan Organisasi dan Komunikasi Organisasi (r= .796, p<.001). Ini menunjukkan bahawa semakin jelas, adil dan saksama organisasi dalam menghargai sumbangan pekerja, semakin tinggi keprihatinan organisasi terhadap kebajikan, keadilan dan kesaksamaan dalam amalan pengurusan atasan terhadap semua pekerja. Oleh itu, persepsi responden terhadap sokongan organisasi juga semakin meningkat. Dapatan kajian seterusnya mendapati hubungan positif antara Penglibatan Organisasi dengan Sokongan Organisasi (r= .625, p<.001). Ini menunjukkan bahawa semakin banyak sokongan yang dirasakan oleh pekerja dalam organisasi, semakin kuat ikatan psikologi dan obligasi yang ingin dipenuhi oleh pekerja terhadap organisasi yang mereka sertai. Selain itu, analisis juga menunjukkan hubungan positif antara Komitmen Organisasi dengan Penglibatan Organisasi (r= .436, p<.001). Ini bermakna bahawa semakin pekerja dapat mencapai keseimbangan dalam hubungan pertukaran mereka dengan organisasi, semakin tinggi komitmen pekerja terhadap organisasi tersebut

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy