GABUNG JURNAL 2024

Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 39 Kesahan dianggap tinggi jika instrumen yang dibina dapat mengukur konsep yang dinyatakan dalam hipotesis dengan tepat (Chua, 2006). Dalam kajian rintis ini, pengkaji menggunakan kesahan kandungan atau kesahan muka yang merupakan suatu anggaran sama ada suatu ujian kelihatan mengukur sesuatu kriteria yang ingin diukur (Idris, 2010). Tujuan pengesahan alat ukur kajian adalah untuk memastikan sesuatu pengukur tersebut berfungsi dengan baik untuk mengukur apa yang diinginkan (Ayob, 2005). Penyelidik juga telah memastikan bahawa soal selidik yang digunakan memiliki bahasa yang tepat, mudah difahami, tidak kabur atau bias serta bersahaja, mudah dijawab dan tidak mencabar ego responden. Kebolehpercayaan merujuk kepada darjah ketekalan sesuatu instrumen atau prosedur dalam mengukur secara konsisten (Best & Kahn, 2006). Pengkaji menggunakan Skala Likert dan mengukur kebolehpercayaan dengan kaedah Cronbach Alpha , di mana nilai yang hampir dengan 1.00 menunjukkan item-item tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan kesan ralat yang minimal terhadap pengukuran (Gay, et. al., 2009). Dalam kajian ini, kebolehpercayaan instrumen kajian disemak dengan menganalisis item-item dalam soal selidik menggunakan program SPSS untuk mendapatkan nilai Cronbach Alpha . Analisis dilakukan untuk memastikan bahawa item yang dipilih adalah baik dan sesuai sebagai instrumen kajian seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2. Kebolehpercayaan juga dijelaskan melalui kolerasi antara jumlah skor dan skor setiap item. Item yang mempunyai “ item total correlation ” melebihi 0.2 dianggap sesuai untuk dimasukkan dalam instrumen kajian kerana ia menunjukkan ketekalan (De Vaus, 2002).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy