GABUNG JURNAL 2024
Kata Alu-Aluan Ketua Pengarah PerkhidmatanAwam Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurniaNya sekali lagi Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia berjaya diterbitkan bagi tahun 2024. Syabas diucapkan kepada Bahagian Pengurusan Psikologi yang telah berjaya menghasilkan dan menerbitkan jurnal ini. Penerbitan jurnal ini merupakan usaha murni untuk membudayakan penulisan berbentuk akademik mengenai perkembangan terkini dalam bidang psikologi dan kaunseling. Penerbitan jurnal seumpama ini boleh dijadikan rujukan kepada pegawai-pegawai sektor awam terutamanya pengurus sumber manusia serta pegawai psikologi dan kaunseling untuk diaplikasikan dalam sektor awam ke arah pembangunan modal insan yang cemerlang. Hasil kajian yang melibatkan anggota perkhidmatan awam seperti pengaruh kecerdasan emosi terhadap tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan, hubungan antara tekanan kerja dan penglibatan kerja serta pengaruh literasi kesihatan mental dan tekanan psikologi ke atas sikap mencari bantuan profesional psikologi seharusnya dijadikan panduan dalam membentuk dasar dan yang berkaitan di agensi masing-masing. Selain itu, jurnal ini juga telah memberi peluang kepada penulis dari pelbagai latar belakang untuk turut berkongsi ilmu bidang psikologi dan kaunseling perkhidmatan awam. Saya berharap penerbitan jurnal ini akan diteruskan setiap tahun bagi menggalakkan lebih banyak penyelidikan dilaksanakan dalam perkhidmatan awam. iv
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy