GABUNG JURNAL 2024

38 Jadual 1: Senarai Pembolehubah Kajian Reka Bentuk Penyelidikan Kajian rintis telah dilaksanakan pada 27 Februari sehingga 8 Mac 2023 untuk menguji kefahaman responden terhadap struktur ayat dan item-item dalam soal selidik kajian rintis juga dilaksanakan bagi mendapatkan pengukuran statistik dari sudut kebolehpercayaan (reliability) dan kesahan (validity) instrumen yang digunakan serta menggugurkan mana-mana item tidak relevan seperti yang dicadangkan melalui analisis Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Pengesanan Alat Ukur (Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen) Kesahan dan kebolehpercayaan adalah dua konsep penting dalam prosedur pengukuran dan penilaian serta merupakan antara elemen utama dalam menentukan keberkesanan pengumpulan data. Kesahan merujuk kepada sejauh mana alat kajian dapat mengukur pembolehubah dan persoalan kajian yang ingin dikaji (Ary, Jacobs dan Razavich, 2002). Ia mencerminkan keupayaan pengukuran untuk mencatat nilai sebenar konsep yang dinyatakan dalam hipotesis. Bahagian Butiran Bilangan Item A Maklumat Demografi 8 B Sokongan Organisasi 25 C Komunikasi Organisasi 6 D Penglibatan Organisasi 18 E Komitmen Organisasi 7

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy