GABUNG JURNAL 2024
Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 37 METODOLOGI KAJIAN Kajian telah dilaksanakan pada tahun 2023 ini telah menggunakan kaedah persampelan mudah dimana di mana soal selidik kajian telah diedarkan kepada kepada responden yang merupakan warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui hebahan e-mel. Sasaran responden penyelidikan adalah penjawat awam yang terdiri daripada ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) yang bertugas di Kementerian ini terdiri dari pelbagai skim dan latar belakang. Metod kajian adalah seperti berikut: Populasi Seramai 35 orang ahli AKRAB melibatkan diri dalam kajian rintis ini Kaedah Kajian Kaedah persampelan mudah (convenient sampling) digunakan iaitu kaedah persampelan bukan kebarangkalian di mana sampel diambil daripada sekumpulan orang yang mudah diakses oleh penyelidik. Kaedah ini tidak melibatkan pemilihan secara rawak dan responden dipilih berdasarkan kesediaan mereka untuk melibatkan diri dalam kajian rintis ini. Kaedah Pembinaan Item-Item Instrumen kajian merupakan alat untuk mengukur, memerhati atau mendokumentasikan data kuantitatif. Instrumen kajian ini telah diadaptasi daripada borang soal selidik daripada pengkaji bernama Worley (1992) di dalam jurnal bertajuk Factor Analytic Study to Evaluate the Structure of The Survey of Perceived Organizational Support (POS). Soal selidik ini telah melalui proses terjemahan kaedah terjemahan back-to-back translation dan menggunakan penilaian skala Likert 1 (sangat tidak bersetuju), 2, (tidak bersetuju), 3 (bersetuju) dan 4 (sangat bersetuju). Instrumen ini dibahagikan kepada lima bahagian seperti berikut:
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy