GABUNG JURNAL 2024

Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 33 PERMASALAHAN KAJIAN Permasalahan kajian merangkumi beberapa aspek yang telah diberi perhatian oleh penyelidik seperti adalah definisi operasional POS , kesahihan soal selidik yang digunakan sebagai instrumen, kebolehpercayaan data, variasi tanggapan responden dan konteks budaya dan organisasi. a) Definisi operasional Penyelarasan di dalam mendefinisikan dan pengoperasian konsep POS dengan pemahaman responden selaras dengan definisi yang digunakan dalam kajian. Penyelarasan ini penting untuk memastikan kesahan instrumen b) Kesahihan instrumen Kajian rintis menunjukkan soal selidik yang dibangunkan tidak mencukupi dalam mengukur POS secara efektif mungkin disebabkan soalan yang tidak sesuai, kabur dan tidak relevan. c) Kebolehpercayaan data Isu kebolehpercayaan dari segi ketersediaan data dan konsistensi penilaian responden mungkin timbul. d) Variasi dalam tanggapan responden Variasi penilaian responden kemungkinan adalah pelbagai berikutan perbezaan latar belakang, pengalaman dan pandangan yang berbeza terhadap sokongan organisasi. Variasi penilaian ini boleh mempengaruhi interpretasi dan analisis data. Perbezaan penilaian ini juga adalah berbeza mengikut konteks budaya yang berbeza.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy