GABUNG JURNAL 2024
32 sebagai bentuk ganjaran (timbal balas). Eisenberger et. al. (1986) menyatakan bahawa pekerja yang menerima sokongan organisasi yang tinggi lebih cenderung untuk “membalas” organisasi tersebut melalui komitmen dalam bekerja. Kajian meta-analitik yang dijalankan oleh Rhoades dan Eisenberger (2002) telah menunjukkan bahawa teori POS menekankan isu-isu yang berkaitan keadilan, kemanusiaan, amalan pengurusan sumber organisasi serta sokongan penyelia terhadap pekerja yang semuanya mempengaruhi komitmen organisasi, kepuasan pekerja dan prestasi kerja warga. OBJEKTIF KAJIAN RINTIS Objektif kajian rintis dilaksanakan adalah untuk menguji dan memastikan keberkesanan, kebolehpercayaan dan kesahan instrumen pengumpulan data yang akan digunakan dalam penyelidikan lapangan yang lebih besar akan datang. Beberapa objektif spesifik yang telah menjadi fokus kajian rintis adalah seperti berikut: a) Kesahan instrumen Memastikan soal selidik yang dibangunkan mengukur apa yang hendak diukur; b) Kebolehpercayaan instrumen Menguji kestabilan dan konsistensi hasil yang diperoleh daripada soal selidik apabila digunakan pada waktu yang berbeza atau pada responden yang berbeza; c) Mengesan masalah dan kelemahan Menilai sebarang masalah yang mungkin timbul di dalam soal selidik seperti soalan yang tidak jelas, tidak relevan atau sukar difahami oleh responden; dan d) Pengukuran dan penyesuaian Mengumpul maklumat mengenai waktu yang diambil untuk mengisi soal selidik serta penyesuaian yang diperlukan berdasarkan maklum balas daripada responden.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy