GABUNG JURNAL 2024

Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 31 PENGENALAN Sokongan organisasi merujuk kepada tahap kepercayaan pekerja terhadap keprihatinan tempat kerja mereka mengenai kebajikan dan kesejahteraan dalam pekerjaan (OST; Eisenberger, Huntington, Hutchison dan Sowa, 1986; Eisenberger & Stinglhamber, 2011; Shore & Shore, 1995), Menurut teori Perceived Organizational Support (POS), organisasi yang memberikan sokongan dan peduli tentang pekerja dapat meningkatkan tingkah laku positif dan komitmen pekerja (Eisenberger, Malone dan Presson, 2016) Pekerja cenderung membina persepsi umum terhadap organisasi berdasarkan sejauh mana organisasi menghargai sumbangan dan mengambil berat tentang kesejahteraan mereka dengan mengkategorikan layanan pengurusan sebagai baik atau tidak baik. Layanan pengurusan dilihat sebagai faktor utama dalam mempengaruhi iklim psikologi organisasi, menekankan dimensi pengiktirafan, keadilan di tempat kerja, tekanan peranan, kekurangan keharmonian, cabaran kerja serta kuasa autonomi dalam melaksanakan tugas. Isu berkaitan kepimpinan, kemudahan logistik yang disediakan, serta sikap dalam kerja kumpulan juga memainkan peranan yang penting (James, James dan Ashe, 1990; Koys dan DeCotis, 1991). Pemprosesan maklumat yang diperoleh berdasarkan skema kognitif membolehkan pekerja menapis, mentafsir dan menilai persekitaran kerja sama ada memberi manfaat atau merugikan mereka (James, James dan Ashe, 1990; Koys dan DeCotis, 1991) Tujuan pekerja membuat penilaian menurut teori Perceived Organizational Support (POS) adalah untuk memenuhi keperluan sosial dan emosi serta memberi gambaran tentang tahap komitmen yang akan diberikan oleh pekerja kepada organisasi mereka (Kurtessis, Eisenberger, Ford, Buffardi, Stewart dan Adis, 2017). Penyelidik berpendapat bahawa pekerja akan menjadi lebih setia dan komited apabila keperluan mereka dipenuhi, yang seterusnya akan memperkukuhkan kualiti hubungan antara pekerja dan majikan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy