GABUNG JURNAL 2024
26 kesejahteraan pasukan, meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan serta meningkatkan kesungguhan individu dalam bekerja (Tengku & Fadillah, 2007). Walau bagaimanapun, ini bukan tugas yang mudah, kerana persekitaran kerja dikelilingi oleh pasukan positif dan negatif, yang mempengaruhi tahap penglibatan profesional (Dezolina et, al., 2019). RUMUSAN Terdapat limitasi kajian yang pengkaji boleh ambil kira dalam kajian ini. Antaranya termasuk tahap kejujuran responden untuk menjawab soal selidik mungkin akan mempengaruhi dapatan kajian ini. Sehubungan itu, pengkaji tidak dapat menilai atau mengetahui kejujuran setiap responden secara mata kasar dalam menjawab soal selidik. Tambahan pula, terdapat banyak dimensi yang boleh digunakan berkaitan dengan stres kerja dan penglibatan pekerja adalah antara batasan kajian yang dikenal pasti oleh pengkaji. Cadangan yang boleh dilakukan oleh pihak organisasi adalah dengan melaksanakan dan mempelbagaikan program-program berkaitan kesejahteraan psikologi bagi mengekalkan tekanan kerja dalam kalangan penjawat awam berada pada tahap rendah. Organisasi perlulah menumpukan perhatian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja seperti peranan pengurusan, kerjaya dan pencapaian serta hubungan tempat kerja supaya dapat mewujudkan penglibatan dan prestasi pekerja yang tinggi. Cadangan berkaitan dengan kajian lanjutan oleh pengkaji-pengkaji akan datang adalah dengan melibatkan pelbagai gred penjawat awam meliputi Pengurusan Atasan, Pengurusan & Profesional (P&P) dan Pelaksana. Organisasi perlu mempromosikan penglibatan pelaksanaan kajian bagi meramaikan penglibatan responden dari pelbagai Kumpulan Perkhidmatan. Pengkaji-pengkaji juga dicadangkan supaya menambah pemboleh ubah yang lain di dalam kajian mereka kerana mungkin terdapat faktor-faktor lain seperti prestasi kerja yang dapat mempengaruhi hubungan antara tekanan kerja dan penglibatan pekerja.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy