GABUNG JURNAL 2024
Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 25 Individu dengan semangat yang tinggi merupakan individu yang sering bertenaga dalam melaksanakan tugas, mempunyai tahap daya tahan mental yang tinggi serta rasa ketaksuban dan kegigihan dalam melakukan pekerjaan walaupun berhadapan dengan kepayahan (Schaufeli, 2012; Shekari, 2015). Peningkatan dalam penglibatan kerja dalam kalangan pekerja menunjukkan pengurangan niat untuk bertukar atau berhenti kerja. Individu dengan penglibatan kerja yang rendah lebih cenderung untuk meletakkan jawatan atau berhenti. Oleh hal yang demikian, menurut Sugandini (2018), pekerja yang mempunyai minda yang positif dan menyenangkan tentang pekerjaan mereka sebenarnya akan lebih cenderung menunjukkan sikap positif terhadap tugas mereka dalam organisasi. Objektif 3: Perbincangan Mengenai Hubungan antara Tekanan Kerja dan Penglibatan Pekerja dalam Kalangan warga Jabatan Perdana Menteri Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan hubungan antara tekanan kerja dan penglibatan kerja dalam kalangan warga JPM adalah sederhana dan signifikan. Hal ini selaras dengan dapatan dari kajian-kajian lepas oleh Dezolina et al. (2019), yang menjalankan kajian terhadap pekerja penjagaan kesihatan primer, kajian Agustin et al. (2020) ke atas populasi pekerja di Argentina dan kajian Breaugh (2020) ke atas 8 jenis pekerjaan sektor awam di 30 buah negara yang mendapati bahawa tekanan yang rendah ketika bekerja mampu meningkatkan tahap penglibatan individu dalam pekerjaan serta menghasilkan kerja yang bermakna. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tekanan kerja dan penglibatan kerja adalah berkaitan secara negatif. Ini membuktikan bahawa tekanan kerja bukan sahaja memudaratkan individu seperti menjadikan mereka berada dalam keadaan lesu upaya, ia juga mengurangkan hasil kerja positif. Dengan merangsang penglibatan individu dalam organisasi, ini boleh mengurangkan tekanan pekerjaan dan meningkatkan penglibatan profesional dalam kerja, menyediakan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy