GABUNG JURNAL 2024
24 PERBINCANGAN KAJIAN Objektif 1: Perbincangan Mengenai Tahap Tekanan Kerja dalam kalangan warga Jabatan Perdana Menteri Hasil dapatan kajian bagi tekanan kerja adalah berada pada tahap yang rendah. Hal ini menjelaskan bahawa tahap tekanan kerja bagi penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri tidak membimbangkan dan dalam keadaan baik. Menurut kajian oleh Kamaldeep et, al. (2016), antara intervensi dalam memperoleh tahap tekanan rendah adalah dengan menambah baik gaya pengurusan seperti budaya organisasi dan pasukan yang menyokong, latihan dan peluang pembangunan kerjaya dan memastikan masa yang mencukupi untuk merancang kerja. Walau bagaimanapun, ini bertentangan dengan kajian oleh Cyrill Frederick Ganing et al. (2020) yang telah menyatakan bahawa hasil dapatan bagi tekanan kerja responden berada pada tahap yang tinggi dan antara perkara yang mampu mempengaruhi tekanan kerja adalah Struktur dan Iklim Organisasi. Oleh itu, organisasi memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan inisiatif-inisiatif yang berkesan bagi mengekalkan kesejahteraan penjawat awam. Objektif 2: Perbincangan Mengenai Tahap Penglibatan Pekerja dalam Kalangan warga Jabatan Perdana Menteri Mengikut dapatan kajian, tahap nilai min bagi pemboleh ubah penglibatan pekerja di Jabatan Perdana Menteri adalah tinggi dan membuktikan jabatan ini sangat mementingkan aspek penglibatan pekerja terhadap organisasi. Dapatan kajian ini telah dikuatkan lagi dengan menyokong dapatan daripada kajian-kajian lepas yang memperoleh hasil penglibatan pekerja berada pada tahap tinggi (Khusanova et al., 2021 dan Tepayakul & Rinthaisong, 2018). Dapatan kajian juga mendapati bahawa pekerja memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pekerjaan sehingga menyebabkan mereka merasakan masa cepat berlalu apabila sibuk bekerja.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy