GABUNG JURNAL 2024

23 Objektif 2: Tahap Penglibatan Kerja Jadual 3 menunjukkan tahap penglibatan kerja di Jabatan Perdana Menteri secara keseluruhan dan mengikut dimensi. Hasil analisis kajian mendapati skor min keseluruhan yang diperoleh bagi pemboleh ubah penglibatan kerja ialah 4.75 dan berada pada tahap yang tinggi. Hasil dapatan mengikut dimensi pula Semangat (Vigour) dengan skor min 4.76, Dedikasi (Dedication) dengan skor min 4.85 dan seterusnya Penyerapan (Absorption) memperoleh skor min 4.64. Kesemua dimensi Penglibatan Kerja berada pada tahap tinggi. Jadual 3: Tahap Penglibatan Kerja Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X Objektif 3: Hubungan antara Tekanan Kerja dan Penglibatan Kerja dalam Kalangan Warga Jabatan Perdana Menteri Jadual 4 menunjukkan hubungan antara tekanan kerja dan penglibatan kerja di Jabatan Perdana Menteri. Dapatan kajian tekanan kerja menunjukkan nilai kolerasi sebanyak -.480** bagi hubungannya dengan penglibatan kerja. Dengan itu, analisis kajian mendapati bahawa nilai tersebut berada pada tahap yang sederhana serta mempunyai hubungan signifikan dan negatif antara kedua-dua pemboleh ubah iaitu pada aras signifikan p<0.01. Jadual 4: Analisis Hubungan Antara Tekanan Kerja dan Penglibatan Kerja Skor Min Tahap Semangat (Vigour) 4.76 Tinggi Dedikasi (Dedication) 4.85 Tinggi Penyerapan (Absorption) 4.64 Tinggi Penglibatan Kerja 4.75 Tinggi Pemboleh Ubah Kajian Kolerasi Pearson (r) Nilai Signifikan (2-sig) Tekanan Kerja Penglibatan Kerja -.480** .000 **Kolerasi signifikan pada tahap p<0.01 (2-sig)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy