GABUNG JURNAL 2024

20 Bahagian D: Utrecht Work Engagement Scale (UWES-9) - Schaufeli & Bakker (2003) UWES-9 mempunyai tiga domain iaitu semangat, dedikasi, dan penyerapan (vigour, dedication, and absorption) yang mengukur penglibatan kerja dalam kalangan responden. Instrumen ini dibangunkan oleh Schaufeli dan Bakker (2003). Soal selidik ini diukur dengan menggunakan skala Likert 6-point dan semua item di dalam UWES-9 merupakan item positif. Kaedah pekali Alpha Cronbach telah digunakan bagi melihat kebolehpercayaan instrumen di mana nilai kebolehpercayaan instrumen ini adalah α = .70 (Nunnaly & Bernstein,1994). Keseluruhan skor item perlu ditambah dan dibahagikan dengan 3 untuk memperoleh skor UWES-9. Semakin tinggi skor, semakin tinggi penglibatan kerja individu. Menurut kajian oleh Sara Dominguez et, al. (2022), skor tertinggi bagi penglibatan kerja adalah dengan jumlah min (M=4.8). Data kajian bagi kedua-dua instrumen ini dianalisis dengan menggunakan perisian komputer iaitu Statistical Packages for Social Sciences 23 (SPSS 23). DAPATAN KAJIAN Demografi Responden Jadual 1 merujuk kepada demografi responden. Seramai 217 orang responden telah menjawab soal selidik ini secara sukarela. Daripada jumlah keseluruhan responden tersebut, 119 orang (54.8%) merupakan perempuan, manakala selebihnya seramai 98 orang (45.2%) lelaki yang terlibat dalam kajian ini. Bagi faktor umur, seramai 101 orang (46.5%) responden yang berumur 31-40 tahun, diikuti umur 41-50 tahun dengan jumlah 75 orang (34.6%), seterusnya, 26 orang (12%) yang berumur 21-30 tahun serta 15 orang (6.9%) berumur 51 dan ke atas. Sebahagian daripada responden adalah dalam kumpulan perkhidmatan Pelaksana dengan jumlah 144 orang (66.4%) dan seramai 63 orang (29.0%) ialah Pengurusan & Profesional. Selain itu,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy