GABUNG JURNAL 2024

19 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan keratan rentas dengan mengedarkan soal selidik secara dalam talian (online). Seramai 217 orang responden terlibat sebagai sampel kajian. Pemilihan subjek kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah dan bertujuan. Responden merupakan warga Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri (PAJPM). Kaedah ini digunakan dengan mengambil kira dua aspek iaitu responden yang menjawab adalah secara sukarela dalam kalangan warga PAJPM dan responden terdiri daripada pelbagai bahagian, unit, jawatan dan gred. Set soal selidik dibahagi kepada 4 bahagian: Bahagian A, B, C, D. Bahagian A merangkumi maklumat latar belakang responden seperti jantina, umur, kumpulan perkhidmatan, tempoh perkhidmatan dan tempat bertugas (maklumat dikumpul tetapi tidak digunakan contoh boleh dikaji perbezaan jantina, Kumpulan perkhidmatan dan tempoh perkhidmatan dengan tekanan). Bahagian B merupakan maklumat persetujuan responden untuk menyertai kajian soal selidik ini. Bahagian C: General Work Stress Scale (GWSS-9) - De Bruin (2009) Instrumen kajian adalah menggunakan soal selidik General Work Stress Scale (GWSS-9) yang dibangunkan oleh De Bruin (2009) dan GWSS-9 mempunyai 9 item dan diukur menggunakan skala Likert 5- point. Semua item di dalam GWSS- 9 merupakan item positif. Nilai Cronbach Alpha bagi instrumen ini adalah baik iaitu pada .90 dan ini menunjukkan GWSS-9 sah dan boleh dipercayai. Keseluruhan skor item perlu ditambah untuk memperoleh skor GWSS-9 Skor keseluruhan adalah antara 1 hingga 26, di mana 1 hingga 15 mewakili tekanan yang rendah dan 16 hingga 26 menunjukkan tekanan yang sederhana. Bagi skor 27 dan ke atas adalah tahap tekanan yang teruk. Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy