GABUNG JURNAL 2024

18 tinggi. Hal ini terjadi kerana pendapat mereka kurang diberi perhatian dan ketiadaan penilaian terperinci terhadap kerja dan usaha mereka serta tiada kenaikan pangkat. Berdasarkan kajian lepas, didapati bahawa tekanan kerja secara tidak langsung menyebabkan prestasi organisasi menurun. Pekerja yang mengalami tekanan di tempat kerja, cuba menghindari tekanan dengan niat yang tinggi untuk berhenti dan kekerapan ketidakhadiran kerja. Sekiranya pekerja tidak dapat meninggalkan pekerjaan dengan mudah, mereka mungkin menimbulkan masalah kepada pihak pengurusan iaitu ketidakcekapan dalam prestasi, pembaziran sumber operasi, mewujudkan halangan kepada pekerja bawahan dan sebagainya. Ini boleh mengakibatkan keadaan yang paling teruk untuk organisasi (Daniel, 2019). Terdapat keperluan untuk menjalankan kajian ini bagi melihat sama ada terdapat hubungan di antara pembolehubah tekanan kerja dan penglibatan kerja. Dapatan kajian dapat digunakan bagi tujuan penambahbaikan mengikut kecenderungan pegawai jika tekanan kerja mereka tinggi atau penglibatan kerja mereka rendah. OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama kajian ini yang dinyatakan seperti berikut: a) Untuk mengukur tahap tekanan kerja penjawat awam dalam kalangan pegawai di Jabatan Perdana Menteri; b) Untuk mengukur tahap penglibatan kerja penjawat awam dalam kalangan pegawai di Jabatan Perdana Menteri; dan c) Untuk mengukur hubungan antara tahap tekanan kerja dan penglibatan kerja penjawat awam dalam kalangan pegawai di Jabatan Perdana Menteri.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy