GABUNG JURNAL 2024

17 kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara tekanan kerja dan penglibatan kerja penjawat awam dalam kalangan pegawai di Jabatan Perdana Menteri. PERNYATAAN MASALAH Kajian terdahulu memberi tumpuan terutamanya kepada sama ada tekanan kerja atau penglibatan kerja, tetapi terdapat keperluan untuk penyelidikan yang lebih komprehensif yang meneliti kedua-dua pembolehubah serentak dalam konteks penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri. Penyelidikan tambahan adalah perlu untuk memperluaskan pengetahuan untuk menentukan hubungan antara tekanan kerja dan penglibatan kerja dalam kalangan pekerja, khususnya dalam kalangan pegawai di Jabatan Perdana Menteri. Model transaksi tekanan dan mengatasi adalah rangka kerja untuk memahami hubungan antara tekanan dan mengatasi. Menurut model ini, tekanan bukan sekadar rangsangan yang membawa kepada tindak balas, melainkan proses yang melibatkan kedua-dua penilaian kognitif dan strategi mengatasi (Biggs et al., 2017). Teori Penglibatan Kerja Kahn mencadangkan bahawa penglibatan kerja adalah keadaan emosi positif yang timbul dari hubungan antara seseorang dan kerja yang mereka lakukan. Menurut Kahn, penglibatan melibatkan tiga komponen utama iaitu fizikal, kognitif, dan emosi. Menurut Kajian Saringan Minda Sihat yang dijalankan di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2023, seramai 6 orang (1.2%) pegawai menunjukkan tahap stres yang tinggi dan perlu diberi perhatian. Antara faktor stres kerja yang mampu mempengaruhi penglibatan kerja yang dialami oleh juruteknik kecemasan dalam kajian Motemadezade et al. (2019) termasuk tekanan persekitaran fizikal, tekanan interpersonal, tekanan individu, tekanan pengurusan, dan tekanan penjagaan pesakit. Perbezaan umur memberi pengaruh kepada tekanan fizikal individu manakala seseorang yang mempunyai tahap akademik yang lebih tinggi akan mengalami tekanan yang lebih Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy