GABUNG JURNAL 2024
16 PENGENALAN Penglibatan kerja individu dalam sesebuah organisasi adalah penting kerana ia boleh meningkatkan produktiviti. Pekerja yang mempunyai tahap penglibatan kerja yang tinggi akan lebih cenderung untuk menjadi produktif dan cekap dalam tugasan yang dilakukan kerana mereka sangat bermotivasi, komited, dan fokus untuk mencapai matlamat organisasi (Khusanova et al., 2021). Tambahan pula, individu yang mempunyai penglibatan kerja yang tinggi lebih berpuas hati dengan pekerjaan mereka dan kurang berkemungkinan mengalami burnout atau keinginan untuk berhenti (Dezolina et, al., 2019). Apabila mereka merasakan tujuan dan kepuasan dalam kerja mereka tercapai, ia akan menyumbang kepada kebahagiaan dan kesejahteraan mereka secara keseluruhannya. Oleh itu, penglibatan kerja individu telah menjadi salah satu aspek yang paling penting dan perlu dipandang serius oleh sebuah organisasi. Pekerja yang mempunyai penglibatan kerja yang baik akan bertenaga dan mempunyai hubungan yang berkesan terhadap kerja mereka yang akan membawa kepada keupayaan mereka untuk menghadapi tuntutan pekerjaan dan memindahkan atau mempengaruhi penglibatan kerja yang tinggi kepada orang lain di tempat kerja (Khusanova et al., 2021). Selain itu, penglibatan kerja yang tinggi mampu memberi impak positif kepada kesihatan mental dan membantu meningkatkan kesejahteraan secara keseluruhan. Kajian terdahulu mendapati bahawa semakin rendah tekanan kerja individu itu, semakin tinggi penglibatan kerja mereka. Hal ini menunjukkan bahawa organisasi harus mengambil berat tentang tahap tekanan pekerja mereka kerana tahap tekanan kerja yang tinggi boleh menjejaskan penglibatan kerja (Rahmi et al., 2020). Tekanan kerja memberikan implikasi yang besar kepada penglibatan kerja individu dan menjadi penentu kejayaan sesebuah organisasi. Justeru,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy