GABUNG JURNAL 2024

229 Berdasarkan posisi pemain pula, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kejelekitan kelompok kerja berdasarkan posisi pemain. Hal ini turut disokong oleh Sindik dan Nazor (2011) yang memberi pandangan bahawa pemain dalam posisi berbeza dalam pasukan tidak boleh dibezakan berdasarkan beberapa ciri konatif dan kejelekitan kelompok. Tambahan pula, pernyataan ini turut mendapat sokongan daripada Aristotelis et. al (2014) dimana tidak terdapat perbezaan yang signifikan kejelekitan kelompok berdasarkan kepada posisi pemain di padang. Justeru itu, dengan adanya dapatan ini, pengkaji mengesyorkan supaya kajian lanjutan dilakukan pada masa yang akan datang. Hal ini kerana kejelekitan kelompok kerja adalah isu yang perlu diketengahkan terutamanya dalam sesebuah organisasi dimana ianya memainkan peranan penting dalam menjamin keberhasilan kelompok. KESIMPULAN Kejelekitan kelompok kerja adalah merupakan salah satu elemen penting dalam mencapai objektif organisasi dimana ianya adalah perasaan daya tarik ahli kelompok untuk terus kekal sebagai ahli dan merasa menjadi sebahagian dari kelompok. Pasukan bola sepak juga tidak terkecuali dari dibelenggu dengan permasalahan kejelekitan dalam pasukan. Hal ini kerana, permainan bola sepak memerlukan kerjasama dari setiap ahli dalam pasukan demi mencapai tujuan. Tidak terkecuali, trait personaliti sering dikaitkan dengan isu kejelekitan dalam kalangan pemain bola sepak. Oleh itu, melalui kajian ini, dapat dibuktikan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan diantara domain ekstraversi, kehematan, dan keterbukaan dengan kejelekitan kelompok kerja. Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kejelekitan kelompok kerja berdasarkan umur dan posisi pemain dalam pasukan. Secara kesimpulannya, kejelekitan kelompok kerja adalah penting dalam setiap pasukan bola sepak di Malaysia kerana Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy