GABUNG JURNAL 2024

228 Ini menjelaskan bahawa pemain bola sepak bagi peringkat Liga Perdana dan Liga Super mampu melahirkan idea-idea baru dan berfikir di luar kotak pemikiran untuk mempertingkatkan lagi kualiti permainan mereka seiring dengan pembangunan arena bola sepak di Malaysia. Sebagai contoh, idea-idea seperti taktikal, formasi dan sebagainya bukan hanya terletak di bahu barisan kejurulatihan sahaja, malah pemain juga memainkan peranan penting untuk menyumbangkan idea-idea baru yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh jurulatih. Niat untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan bola sepak akan berjaya ditunaikan sekiranya pemain berwawasan tinggi dan berani mencuba sesuatu yang baru sehinggakan pemain-pemain ini mampu membuka mata peminat bola sepak di peringkat dunia. Hal ini turut disokong oleh Davis et. al (2012) yang memberi pandangan bahawa terdapat hubungan di antara extraversi dan kejelekitan kelompok dimana kepercayaan popular menyatakan bahawa individu yang mempunyai extraversi adalah bekerja dengan lebih baik di dalam kelompok disebabkan oleh keadaan semula jadi sosial mereka dan keupayaan untuk menjadi penggalak dan penyokong. Turut menyatakan pandangan adalah Deckers et. al (2020) dimana mereka memberikan kenyataan bahawa extraversi yang tinggi secara umumnya akan membawa kepada interaksi sosial yang lebih dengan keupayaan untuk mencari interaksi positif dan membenarkan individu meletakkan kadar keterbukaan dan kejelekitan kelompok secara tepat. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kejelekitan kelompok kerja berdasarkan umur pemain. Hal ini kerana umur tidak memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kejelekitan kelompok kerja sepertimana dipersetujui oleh Aristotelis et. al (2013) dimana mereka menyatakan bahawa umur pemain tidak mempengaruhi persepsi mereka tentang kejelekitan kelompok. Pernyataan ini turut disokong oleh Deckers et. al (2020) dimana umur telah ditunjukkan untuk tidak mempengaruhi kejelekitan kelompok.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy