GABUNG JURNAL 2024
227 Kehematan adalah di mana seseorang individu yang mempunyai kegigihan, gemar organisasi serta motivasi dalam tingkah laku berorientasikan matlamat dan kawalan dorongan yang ditetapkan secara sosial (Juhasz, 2010). Hal ini menunjukkan bahawa para pemain bola sepak yang mempunyai trait personaliti ini lebih cenderung untuk bertindak bersesuaian dengan objektif dan tujuan yang ingin dicapai. Sejajar dengan keinginan untuk menang dalam setiap permainan, pemain akan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai tujuan tersebut. Seperti yang sedia maklum, para pemain akan dinilai berdasarkan kepada pencapaian dan prestasi pemain dalam setiap permainan yang mereka sertai. Sehubungan itu, mereka perlu menjadi yang terbaik dalam persaingan merebut kesebelasan utama disamping memperoleh kemenangan sebagai sebuah pasukan. Rentetan itu, dengan adanya trait personaliti ini, pemain akan bersungguh-sungguh mempamerkan tingkah laku yang berorientasikan matlamat dan ianya akan menjurus kepada peningkatan kejelekitan dalam kalangan pemain. Dapatan secara khususnya juga mempamerkan bahawa trait personaliti keterbukaan boleh menerangkan secara signifikan sebanyak 1.8% daripada varians dalam kejelekitan kelompok kerja. Oleh yang demikian, didapati bahawa kajian menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan di antara trait personaliti keterbukaan dengan kejelekitan kelompok kerja (Jain, 2020). Kajian tersebut turut mendapati bahawa trait seperti introversi, extraversi, keterbukaan dan pembina keyakinan adalah sebahagian dari trait yang sebahagian besar mempengaruhi kejelekitan kelompok. Dapatan ini juga turut disokong oleh Larsen et. al (2018) yang menyatakan bahawa tahap kejelekitan yang tinggi berkaitan secara signifikan dengan individu yang mempunyai kepersetujuan, kehematan dan keterbukaan yang tinggi. Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy