GABUNG JURNAL 2024

226 PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan diantara trait personaliti bagi domain ekstraversi, kehematan, dan keterbukaan dengan kejelekitan kelompok kerja. Trait personaliti extraversi adalah merupakan subskala personaliti yang mempengaruhi secara signifikan terhadap kejelekitan kelompok kerja. Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian oleh Juhasz (2010). Beliau menyatakan bahawa kelompok yang mempunyai ahli extraversi yang ramai akan cenderung untuk lebih jelekit secara sosial dan akan akhirnya lebih dinilai tinggi oleh penyelia mereka. Extraversi adalah dimana individu mudah bergaul, berani, bertenaga, tegas, aktif dan mencabar (Marberry, 2007). Menurut McKelvie et. al (2003), satu daripada beberapa penemuan yang konsisten adalah bahawa atlet lebih extravert dan kurang neurotik daripada bukan atlet. Penemuan terkini pula menunjukkan bahawa atlet dalam sukan berpasukan menunjukkan lebih tinggi tahap extraversi dan lebih rendah tahap kehematan daripada atlet dalam sukan individu (Trninić et. al, 2016). Ternyata, pemain bola sepak mempunyai trait personaliti extraversi yang lebih tinggi dimana mereka ini lebih cenderung untuk memiliki personaliti yang positif serta memiliki tahap keyakinan yang tinggi. Hasil kajian mendapati bahawa subskala kehematan mempengaruhi secara signifikan terhadap kejelekitan kelompok kerja. Marti (2021) turut menyatakan sokongan dimana kajian yang dilakukannya mendedahkan bahawa kelompok yang jelekit adalah terdiri daripada individu yang mempunyai kehematan sebagai trait personaliti. Selain itu, pernyataan ini turut disokong oleh Imus (2021) di mana beliau menyatakan bahawa kehematan mempunyai hubungan yang positif dengan kejelekitan kelompok kerja. Ini dapat dibuktikan bahawa trait personaliti kehematan mampu untuk mempengaruhi kejelekitan kelompok kerja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy