GABUNG JURNAL 2024
224 R²=0.025, F=6.530 dimana trait personaliti kehematan boleh menerangkan secara signifikan sebanyak 2.5% daripada varians dalam kejelekitan kelompok kerja. Berdasarkan dapatan juga mendapati bahawa subskala kehematan mempengaruhi secara signifikan terhadap kejelekitan kelompok kerja dimana β= 0.160, t=2.555 , k < 0.05. Pengkaji juga telah menjalankan ujian regresi ke atas data yang telah dikumpul bagi melihat pengaruh diantara trait personaliti keterbukaan dengan kejelekitan kelompok. Hasil tersebut mendapati R² = 0.018, F = 4.528. Berdasarkan jadual di atas juga mendapati bahawa trait personaliti keterbukaan boleh menerangkan secara signifikan sebanyak 1.8% daripada varians dalam kejelekitan kelompok kerja dimana β= 0.133, t=2.128 , k < 0.05. Jadual analisis adalah seperti di bawah: Jadual 6: Pengaruh Trait Personaliti Terhadap Kejelekitan Kelompok Kerja Perbezaan Kejelekitan Kelompok Kerja Berdasarkan Umur Ujian ANOVA sehala dilakukan bagi menguji perbezaan kejelekitan kelompok kerja berdasarkan umur pemain. Berdasarkan kepada dapatan kajian yang ditunjukkan melalui jadual di bawah, di dapati bahawa nilai F (2,248) =0.636 dan aras kesignifikan menunjukkan signifikan, k > 0.05. Hal ini membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kejelekitan kelompok kerja berdasarkan umur pemain. Jadual analisis adalah seperti berikut: Domain NEO FFI R² F Beta t Sig. Extraversi .023 5.803 .151 2.409 .017 Kehematan .025 6.530 .162 2.555 .011 Keterbukaan .018 4.528 .133 2.128 .034
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy