GABUNG JURNAL 2024
223 Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X dan seramai 41 orang (16.3%) lagi berada pada tahap tinggi. Bagi subskala kepersetujuan pula, data menunjukkan bahawa seramai 233 orang (92.4%) mempunyai skor min yang sederhana manakala seramai 19 orang (7.6%) mempunyai skor min yang tinggi. Kekerapan dan peratus tahap skor min bagi pembolehubah kejelekitan kelompok kerja juga turut dikaji dimana ianya terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap sederhana dan tahap tinggi. Tiada wakil bagi kategori tahap skor min yang rendah menerusi pembolehubah ini. Bagi subskala kekuatan sosial, seramai 78 orang (30.9%) mempunyai tahap skor min yang sederhana berbanding dengan 174 orang (69.1%) mempunyai tahap skor min yang tinggi. Menerusi subskala kesatuan dalam kelompok pula, bagi tahap sederhana, ianya dinilai dengan kekerapan seramai 11 orang (4.4%) manakala bagi tahap tinggi pula, ianya didapati seramai 241 orang (95.6%). Di samping itu, subskala bagi kejelekitan yang lain pula ialah daya tarikan dimana seramai 46 orang (18.3%) berada pada tahap sederhana dan seramai 206 orang (81.7%) berada pada tahap tinggi. Subskala kerjasama kelompok pula menunjukkan bahawa seramai 40 orang (15.9%) mempunyai skor min pada tahap yang sederhana manakala seramai 212 orang (84.1%) pula mempunyai skor min pada tahap yang tinggi. Pengaruh Trait Personaliti Terhadap Kejelekitan Kelompok Kerja Hipotesis ini diuji dengan menggunakan kaedah regresi. Jadual 6 menunjukkan model bagi extraversi signifikan dengan R²=0.023, F=5.803. Berdasarkan dapatan juga mendapati bahawa subskala extraversi mempengaruhi secara signifikan terhadap kejelekitan kelompok kerja dimana β= 0.151, t=2.409 , k < 0.05. Hasil kajian yang seterusnya mendapati model kehematan signifikan dengan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy