GABUNG JURNAL 2024
220 Berdasarkan dapatan, didapati kepercayaan dan kesahan bagi borang soal selidik adalah tinggi dan sangat sah. Jadual analisis adalah seperti di bawah: Jadual 3: Analisis Kesahan Group Cohesiveness Scale Maklumat Demografi Jadual di bawah menunjukkan demografi sampel dari aspek umur mengikut julat. Berdasarkan perolehan tersebut, didapati bahawa seramai 222 orang (88.1%) adalah berumur dalam lingkungan 15 hingga 24 tahun manakala seramai 29 orang (11.5%) adalah berumur 25 hingga 34 tahun. Seramai 1 orang (0.4%) sampel pula adalah terdiri daripada pemain yang berumur 35 hingga 44 tahun. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan sampel adalah terdiri daripada pemain yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 24 tahun. Berkenaan dengan posisi dalam pasukan bagi setiap sampel, didapati bahawa seramai 15 orang (6.0%) memegang posisi sebagai penjaga gol manakala seramai 108 orang (42.9%) memegang posisi sebagai pertahanan. Seramai 93 orang (36.9%) pula bertindak sebagai pemain tengah dan seramai 36 orang (14.3%) adalah terdiri daripada penyerang. Hal ini dapat disimpulkan bahawa, kebanyakan sampel memegang posisi sebagai pertahanan berbanding dengan penjaga gol, pemain tengah dan penyerang. Jadual analisis adalah seperti di bawah: Domain Kejelekitan Nilai Pekali Kesahan Kekuatan Sosial 0.537** Kesatuan dalam Kelompok 0.475** Daya Tarikan 0.748** Kerjasama Kelompok 0.844**
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy