GABUNG JURNAL 2024

Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 219 Jadual 1: Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Kesahan kemudian diuji dengan menggunakan korelasi Pearson di antara domain dan jumlah skor. Kriteria pentafsiran pekali kesahan item dirujuk berpandu kepada kajian Oktavia et. al (2018) dimana nilai pekali kesahan di bawah 0.11 diklasifikasikan sebagai tidak mungkin berguna, nilai 0.11 hingga 0.20 bergantung pada keadaan, nilai 0.21 hingga 0.35 mungkin berguna manakala nilai diatas 0.35 adalah sangat sah. Kajian mendapati pekali kesahan NEO FFI bagi trait personaliti keterbukaan adalah 0.672, kehematan adalah 0.834, extraversi adalah 0.813, kepersetujuan adalah 0.829 manakala bagi neurotisisme adalah 0.681. Jadual analisis adalah seperti di bawah: Jadual 2: Analisis Kesahan NEO FFI Analisis kajian juga mendapati pekali kesahan bagi Group Cohesiveness Scale untuk domain kekuatan sosial pula adalah 0.537, kesatuan dalam kelompok adalah 0.475, daya tarikan adalah 0.748 dan kerjasama kelompok adalah 0.844. Instrumen Skor Cronbach Alpha NEO 0.845** Group Cohesiveness Scale 0.833** Trait Personaliti Nilai Pekali Kesahan Keterbukaan 0.672** Kehematan 0.834** Kepersetujuan 0.829** Extraversi 0.813** Neurotisisme 0.681**

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy