GABUNG JURNAL 2024
218 Prosedur Kajian rintis dijalankan bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Seterusnya, setelah instrumen menepati syarat iaitu kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi, pengkaji kemudiannya mendapatkan kebenaran daripada pihak berwajib bagi menjalankan kajian. Setelah itu, kajian dijalankan dalam kalangan 252 orang pemain bola sepak Liga Perdana dan Liga Super. Oleh kerana isu pandemik yang melanda negara, pengkaji hanya mengedarkan borang secara atas talian melalui usahasama persatuan-persatuan bola sepak. Seterusnya, borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26. Ujian regresi dilakukan bagi mengenalpasti pengaruh trait personaliti terhadap kejelekitan kelompok kerja manakala ujian ANOVA pula digunakan untuk mengenalpasti perbezaan kejelekitan kelompok kerja berdasarkan faktor demografi iaitu umur dan posisi pemain dalam kalangan pemain bola sepak di Malaysia. KEPUTUSAN Kebolehpercayaan dan Kesahan Kebolehpercayaan ditentukan dengan menggunakan ketekalan dalaman dengan mencari Cronbach Alpha untuk setiap domain. Menurut Taherdoost (2016), skor Cronbach Alpha bernilai 0.5 dan kebawah adalah rendah, 0.50 hingga 0.70 adalah sederhana, 0.70 hingga 0.90 adalah tinggi manakala 0.90 dan ke atas adalah sangat baik. Menurut tafsiran tersebut, didapati bahawa skor Cronbach Alpha bagi NEO FFI adalah 0.845 manakala bagi Group Cohesiveness Scale pula adalah 0.833 dimana ianya adalah tinggi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy