GABUNG JURNAL 2024
Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 217 Instrumen Instrumen yang digunakan adalah berbentuk soal selidik dan berskala likert. Borang soal selidik terdiri daripada maklumat demografi iaitu umur dan posisi pemain manakala bagi menilai trait personaliti, pengkaji menggunakan NEO Five Factor Inventory (NEO FFI). NEO FFI dihasilkan oleh Costa dan McCrae pada tahun 1992 dan alat kajian ini mengandungi 60 item yang mewakili lima domain berdasarkan kepada Model Lima Faktor ( Five Factor Model ). Lima domain tersebut adalah extraversi, kepersetujuan, kehematan, neurotisisme dan keterbukaan. Menurut Kmecová dan Kajanová (2021), NEO FFI adalah versi pendek bagi NEO Personality Inventory-Revised , satu pelaksanaan model lima faktor personaliti manusia yang berjaya dan disahkan secara empirikal. Berdasarkan kepada kajian lepas, Bjornsdottir et. al (2014) percaya bahawa ketekalan dalaman bagi NEO FFI adalah memuaskan dalam semua kelompok dimana pekali alfa berada dalam julat 0.62 hingga 0.86. Bagi mengukur kejelekitan kelompok kerja pula, pengkaji menggunakan borang soal selidik Group Cohesiveness Scale dimana ianya diperkenalkan oleh Forsyth pada tahun 1999 dan diterjemahkan oleh Fitri Kurniawati (2016) serta disesuaikan dengan objektif kajian. Ianya mempunyai 13 item yang terdiri daripada 4 domain iaitu kekuatan sosial, kesatuan dalam kelompok, daya tarikan dan kerjasama kelompok. Menurut Fitri Kurniawati (2016), berdasarkan hasil ujian Confirmatory Factor Analysis (CFA), diketahui bahawa semua item telah mengelompok sesuai dengan indikatornya dan semua item pernyataan dinyatakan sah dengan nilai loading factor di atas 0.50. Nilai Alpha Cronbach iaitu kebolehpercayaan bagi soal selidik ini adalah sebanyak 0.94.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy