GABUNG JURNAL 2024
216 pasukan secara signifikan. Berdasarkan kepada faktor tersebut, jelas dilihat bahawa ianya boleh dianggap sebagai elemen yang dapat mempengaruhi kejelekitan kelompok kerja di dalam sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, kejelekitan kelompok kerja adalah isu yang harus dipertimbangkan terutamanya dalam sukan berkumpulan seperti bola sepak. Terdapat faktor yang perlu dititikberatkan dalam memastikan tahap kejelekitan berada pada tahap yang memuaskan iaitu trait personaliti. Objektif Kajian Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pengaruh trait personaliti terhadap kejelekitan kelompok kerja dalam kalangan pemain bola sepak di Malaysia manakala objektif sampingannya pula adalah untuk mengenalpasti perbezaan kejelekitan kelompok kerja berdasarkan faktor demografi iaitu umur dan posisi pemain dalam pasukan. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Reka bentuk bagi kajian ini adalah dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan analisis berbentuk deskriptif dan inferensi. Sampel Populasi yang dipilih adalah pemain-pemain bola sepak yang bermain di Liga Perdana dan Liga Super seramai 652 orang manakala sampel yang dipilih adalah 252 orang. Melalui kajian ini, teknik persampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan. Faktor pemilihan sampel adalah kerana liga ini merupakan peringkat tertinggi di Malaysia dan paling menonjol dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Sampel juga terdiri daripada pelbagai posisi iaitu penjaga gol, pertahanan, pemain tengah dan penyerang.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy