GABUNG JURNAL 2024

215 adalah lebih didapati bersatu dan komited untuk berjaya berbanding dengan kelompok yang kurang jelekit. Kejelekitan kelompok yang mantap dalam kalangan pemain juga akan memberikan faedah serta kebaikan kepada kelompok itu sendiri. Kesan dari kejelekitan kelompok adalah tahap ketidakhadiran dan keinginan untuk keluar yang rendah. (Vivia & Fuad, 2011). Selain itu, Aminuddin dan Vasuthevan (2007) juga percaya bahawa atlet dan jurulatih seringkali dikaitkan dengan kejayaan atau kegagalan kelompok dengan sebaik mana ahli kelompok mampu bekerjasama sebagai satu unit yang jelekit. Kejelekitan kelompok juga membolehkan persetujuan yang lebih cepat, lebih kukuh dan pematuhan kepada matlamat korporat dimana secara amnya, berfungsi dengan lebih lancar dan meningkatkan kepuasan kelompok (Black et al, 2018). Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam memastikan kejelekitan kelompok berada pada tahap maksimum. Salah satu faktornya adalah trait personaliti. Menurut Johan et. al (2014), trait personaliti adalah sebagai disposisi dan kecenderungan tekal individu untuk bertingkahlaku dengan cara tertentu. Menurut Nurul Hudani et. al (2014) pula, personaliti merujuk kepada sesuatu yang dinamik terdiri daripada rangkaian sistem-sistem psiko-fizikal untuk menentukan penyesuaian unik dan tersendiri terhadap persekitaran. Selain itu, trait personaliti juga boleh didefinisikan sebagai ciri-ciri dalaman dan luaran yang tekal serta unik bagi diri seseorang dan ciri-ciri tersebut mempengaruhi kelakuan seseorang tu dalam situasi berbeza (Hazalizah et. al, 2011). Oleh yang demikian, Allen et. al (2013) memberi pandangan bahawa kebanyakan kajian turut menunjukkan trait personaliti boleh meramal dapatan secara individu (kebahagiaan, kesihatan), secara berhubungkait (hubungan, komitmen), kelompok (kejelekitan kelompok) dan masyarakat (tingkah laku jenayah). Selain itu juga, Tikon et. al (2019) mendapati bahawa faktor peribadi, iaitu latar belakang sosioekonomi, personaliti, persepsi peranan pasukan dan motif penyertaan berkait rapat dengan kejelekitan Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy