GABUNG JURNAL 2024

214 players, highlighting the need for a holistic module based on the National Sports Policy. It is also recommended that the Ministry of Youth and Sports, the Football Association of Malaysia (FAM), and other relevant football organizations develop an action plan to further enhance group cohesion among players. KEYWORDS: personality traits, work group cohesiveness, football player PENGENALAN Pada era globalisasi ini, kebanyakan organisasi mementingkan kejelekitan yang teguh antara ahli kelompok. Menurut Tupamahu (2018), kejelekitan kelompok merupakan perasaan daya tarik individu terhadap kelompok dan bermotivasi untuk terus tetap bersama kelompok yang mana hal tersebut menjadi faktor penting di dalam keberhasilan kelompok efektif. Ciri penting ini mendefinisikan kelompok sebagai satu bentuk interaksi, pergantungan dan saling pengaruh mempengaruhi antara anggota-anggota (Noraida, 2004). Hal ini membuktikan bahawa kejelekitan kelompok adalah elemen yang membuatkan ahli dalam kelompok merasakan kewujudan unsur keterikatan dalam kelompok sehingga dapat mencapai matlamat yang dihajati. Selain daripada itu, Fauziah (2013) juga berpendapat bahawa dengan adanya kebersamaan dan kejelekitan dalam kelompok maka anggota akan merasa menjadi sebahagian dari kelompok sehingga tujuan akan mudah untuk dicapai. Kerjasama yang jitu juga akan wujud apabila ahli organisasi berada dalam kumpulan yang mempunyai hubungan jelekit yang tinggi (Rohani, 2017). Kepentingan kejelekitan kelompok dalam konteks sukan juga tidak dapat disangkal lagi. Menurut Jarvis (2006), teori kelompok sukan telah diperkenalkan dan kebanyakan pengkaji berfikir bahawa kelompok yang mempunyai tahap kejelekitan yang tinggi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy