GABUNG JURNAL 2024
11 telah mendapati bahawa konstruk pengurusan emosi dalam kecerdasan emosi merupakan konstruk yang paling menyumbang manakala konstruk cabaran paling menyumbang dalam ketahanan mental. Bagi kajian ini, terdapat hubungan dan pengaruh yang signifikan di antara kecerdasan emosi dengan tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Ia selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Siti Aishah et al. (2023) dan Kobalan et al. (2020) di mana kecerdasan emosi yang tinggi mempengaruhi tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan yang lebih rendah. Oleh itu, hubungan yang kukuh di antara kecerdasan emosi dan tahap komitmen boleh mendorong organisasi mencapai matlamatnya. KESIMPULAN KAJIAN Secara keseluruhannya, kajian yang telah dijalankan adalah berbentuk kuantitatif. Hasil kajian menjelaskan secara tinjauan dan permukaan sahaja mengenai domain yang dikaji. Berdasarkan kajian ini, terdapat hubungan dan pengaruh yang signifikan di antara tahap kecerdasan emosi dengan tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan di mana tahap pengurusan emosi yang rendah akan meningkatkan tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan individu. Selain itu, dapatan juga menunjukkan tahap empati yang rendah mempengaruhi tahap kemurungan individu. Untuk meningkatkan ketepatan hasil kajian pula, dicadangkan agar kajian dapat dijalankan dengan kaedah kualitatif kepada responden agar maklumat yang diperolehi lebih menyeluruh. Selain itu, dengan adanya hasil kajian ini, maka program-program intervensi, pembangunan diri dan pencegahan boleh dilakukan bagi meningkatkan tahap kesihatan mental yang baik. Di samping itu, program yang dijalankan mengikut kumpulan sasar juga dapat membantu kakitangan dalam mencari solusi dan daya tindak yang lebih berkesan dan dapat dicapai mengikut kesesuaian masing-masing. Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy